Subscribe

Program terkini: Ceramah Umum

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Wednesday, May 4, 2011

Program Terkini: Hi Tea dan Ceramah Umum

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Thursday, April 21, 2011



TERKINI: Majlis Jamuan Makan Malam MTD Lenggeng

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Monday, December 13, 2010




Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihanraya MTD Lenggeng dan Ceramah Umum isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh:

1) Sdr Mazlan Aliman ( AJK Pas Pusat dan Pengerusi ANAK)
2) Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan)
3) Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ( YDP Pas Besut, Terengganu)
4) YB john Fernandez (Ahli Parlimen Seremban)

Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Sunday, December 12, 2010

Sumber: http://pasns.blogspot.com


gambar hiasan

Eloknya Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Baru mereka tahu betapa susahnya rakyat di Negeri Sembilan mendapatkan perkhidmatan bas.

Beberapa cerita mengenai betapa daifnya perkhidmatan bas di Negeri Sembilan selepas laporan akhbar di bawah.

***********************

Bawa barang guna minyak, bukan air liur

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Saturday, December 11, 2010


KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Thursday, December 9, 2010

sumber: www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka ternyata hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikan segala janji-janjinya kepada rakyat sejak dulu, melainkan hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Lebih jauh dari itu, slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri juga, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tidak boleh dipegang oleh rakyat kerana slogan tersebut hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak pula dilaksanakan seperti yang digembar-gemburkan itu.




Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat, petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun ia telah dijanjikan tidak akan dinaikkan.

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya.


Subscribe to: Posts (Atom)