Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihanraya MTD Lenggeng dan Ceramah Umum isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh:
1) Sdr Mazlan Aliman ( AJK Pas Pusat dan Pengerusi ANAK)
2) Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan)
3) Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ( YDP Pas Besut, Terengganu)
4) YB john Fernandez (Ahli Parlimen Seremban)
Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat
Sumber: http://pasns.blogspot.com
Beberapa cerita mengenai betapa daifnya perkhidmatan bas di Negeri Sembilan selepas laporan akhbar di bawah.
***********************
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.
“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka ternyata hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikan segala janji-janjinya kepada rakyat sejak dulu, melainkan hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
Lebih jauh dari itu, slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri juga, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tidak boleh dipegang oleh rakyat kerana slogan tersebut hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak pula dilaksanakan seperti yang digembar-gemburkan itu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat, petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun ia telah dijanjikan tidak akan dinaikkan.
"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya.
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.
Katanya, para peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.
Tambahnya, mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi hanya tidak mempunyai permit sahaja.
Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di London yang boleh mengadakan himpunan secara aman.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa kesal dengan pihak polis yang menangkap peserta himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas itu.
Peserta bantah kenaikan air kena gas
Nazri dan Hazayani |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis. Ini ekoran pihak polis menghalang semua laluan menunju ke Istana Negara. Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkesempatan menyampaikan ucapan yang sebahagiannya adalah daripada kandungan memorandum itu kepada orang ramai. Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan. Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon. AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu turut menyertai rakyat menolak penswastaan air. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Mohd Salleh turun bersama rakyat menyatakan bantahan. |
Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal
Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Rakyat marhaen menderita
Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.
Kata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.
"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.
"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.
Cuepacs: Golongan rendah terjejas
Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.
Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.
Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.
"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.
4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi
Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Tuan Guru Haji Hadi : Johor, N Sembilan, Melaka diramal tumbang
KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang.
Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.
“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.
Imbasan : Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H MTD PAS lenggeng
Takziah: Anak Bongsu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan meninggal dunia....
(Gambar: Dalam kenangan... Anak Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Allahyarham Adik Mohamad Fawwas Bin Zulkefly Mohamad)
Seremban, 28 November 2010 : Anak Bongsu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, adik Mohamad Fawwas Bin Zulkefly Mohamad telah meninggal dunia pada usia 5 tahun di Hospital Seremban kira-kira pada jam 2.00 pagi ini.
Seluruh warga PAS MTD Lenggeng, mengucapkan takziah kepada Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan diatas kehilangan dan pemergian anakanda kesayangan beliau. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.
AL - FATIHAH
Salam Perjuangan Buat pelajar SPM dan STPM
Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.
(Baca seterusnya)
(Sumber : Tranungkite.net)
Sebelum ni kisah masjid tak siap-siap di Negeri Sembilan. Sekarang ni pula rumah mesra rakyat pula tak siap-siap di Negeri Sembilan. Apakan daya, umpama anjing menyalak bukit sajalah. Jempol adalah antara kawasan paling selamat UMNO di cakerawala ini, tambahan banyak Felda di sini.
Pada 3 November 2010 yang lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, 52, membela diri bagi tiga pertuduhan membabitkan kes rasuah terhadapnya.
Hakim, Datuk Ahmad Nafsy Yassin membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan supaya pembelaan tertuduh dipanggil untuk ketiga-tiga pertuduhan.
(Berita selanjutnya)
Salam Aildiladha 1431 hijrah kepada Seluruh Umat Islam
Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H peringkar MTD Lenggeng akan diadakan pada:
Tarikh : 17 November 2010
Masa : 8.30am - 7.oopm
Hari : Rabu
Tempat : Rumah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Kampung Masjid
Semua dijemput hadir
Untuk sebarang aduan/masalah/pertanyaan/cadanggan/pendapat:
Hubungi Kami di:
Alamat:
No 101 Jalan UB3,
Taman Ulu Beranang,
71750 Beranang
Negeri Sembilan
No Tel: 0192515618 (Setiausaha Mtd)
Email:mtdlenggeng@gmail.com
Laman Web: http://mtdlenggeng.blogspot.com
Marilah kita bersama-sama membantu dan menyumbang ke dalam Tabung MTD Lenggeng. Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun MTD Lenggeng seperti berikut:
BANK ISLAM
PAS MTD Lenggeng
05012010067664
Terima kasih diatas sumbangan anda.
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.
Links
- Pas Negeri Sembilan
- Pesuruhjaya Pas N. Sembilan
- Pas Kuala Pilah
- Pas Rembau
- Pas Johol
- Pas Jelebu
- Pas Tampin
- Pemuda Pas Johol
- Pemuda Pas Jempol
- Pemuda Pas Seremban
- Pemuda Pas N. Sembilan
- Muslimat Pas N. Sembilan
- Unit Amal Pas N. Sembilan
- Lajnah Pengguna & Alam Sekitar N. Sembilan
- YB Taufek
- Pasti Negeri Sembilan
i) Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan
(2007 - sekarang)
ii) Calon Dewan Undangan Negeri Lenggeng
Jawatan Dalam Persatuan
i) Pengerusi No Incinerator Broga
ii) Timb. Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu N. Sembilan
e-mel: zulkeflyomar@yahoo.com
BLOG PESURUHJAYA
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Hak Milik Blog
Tuan Guru Haji Hadi Awang
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan
Organisasi MTD Lenggeng
Labels
Renungan
Waktu Solat
Hadith hari ini......
Anda pengunjung yang ke........
Jom Follow Blog ini......
Blog Archive
-
▼
2010
(25)
-
▼
December
(12)
- TERKINI: Majlis Jamuan Makan Malam MTD Lenggeng
- Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat
- Bawa barang guna minyak, bukan air liur
- Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN
- Salam Ma'al Hijrah 1432H
- Roadshow Palestine Sempena Ma'al Hijrah 1432H
- Tidak padan polis tangkap peserta himpunan
- Peserta bantah kenaikan air kena gas
- Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal
- 4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi
- Tuan Guru Haji Hadi : Johor, N Sembilan, Melaka di...
- Imbasan : Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H MTD P...
-
►
November
(13)
- Sekitar Majlis pengkebumian Adik Fawwas
- Takziah: Anak Bongsu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembil...
- Salam Perjuangan Buat pelajar SPM dan STPM
- Memperingati Peristiwa Berdarah Memali
- N.Sembilan Antara Tertinggi Perumahan Terbengkalai
- Rasuah: Adun Lenggeng diperintah bela diri
- Salam Aildiladha 1431 hijrah kepada Seluruh Umat I...
- Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihanraya MTD Le...
- Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H peringkar MTD L...
- untuk maklumat lanjut, hubungi kami......
- Carta Organisasi MTD Lenggeng
- Sumbangan Ikhlas Tabung Dana Mtd Lenggeng
- Bawa barang guna minyak, bukan air liur
-
▼
December
(12)
About me
Labels
Text
PAS MTD Lenggeng
05012010067664