Subscribe

Rasuah: Adun Lenggeng diperintah bela diri

Posted by N.09 MTD Lenggeng on Friday, November 19, 2010

Pada 3 November 2010 yang lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, 52, membela diri bagi tiga pertuduhan membabitkan kes rasuah terhadapnya.


Hakim, Datuk Ahmad Nafsy Yassin membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan supaya pembelaan tertuduh dipanggil untuk ketiga-tiga pertuduhan.


(Berita selanjutnya)

Pada pertuduhan pertama, Mustafa (gambar) didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akt aPencegahan Rasuah (APR) 1997 kerana secara rasuah pada 28 Ogos 2008 meminta melalui Mustafa Pendek suapan sebanyak RM3,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesalahan itu dilakukan di Lot 1321 Mukim Pantai, Seremban.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) APR 1997 kerana secara rasuah menerima suapan sebanyak RM2,000 daripada orang yang sama untuk tujuan sama.Kesalahan tersebut dilakukan di Restoran Jahrin Maju, No. 17, Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada kira-kira 5 petang pada 31 Ogos 2008.

Manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa dibawah Seksyen 10(a)(aa) apabila pada 30 Ogos 2008 secara rasuah meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada individu yang sama (Manimaran a/l Marumuthu) sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir dan tidak akan mengambil tindakan sekiranya menjual pasir tanpa permit.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat BPR Negeri Sembilan.

Terdahulu, pada 14 April 2010, Mahkamah Sesyen Seremban, telah membebas dan melepaskan tertuduh dari ketiga-tiga pertuduhan.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes ‘prima facie’.

Pihak pendakwaaan telah menfailkan rayuan selepas itu.

Pihak Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais dan Wong Poi Yoke manakala tertuduh diwakili oleh Feisal Mustapha.

( sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29309:rasuah-adun-lenggeng-diperintah-bela-diri&catid=1:utama&Itemid=50)

Kronologi Kes Rasuah ADUN Lenggeng MUSTAFA SALIM

1) 27 Julai 2009 - Adun Lenggeng Di tuduh Terima Rasuah ( klik disini )
2) 14 April 2010 - ADUN lenggeng dilepaskan dari tuduhan Rasuah (klik disini)
3) 3 November 2010 - Aduan lenggeng diperintah bela diri ( Rayuan pendakwaan didegar semula)

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)